Custom Rig + Design
Pelatih dan rig latihan kustom mengikut keperluan kurikulum, ruang dan tender.
Sedalia menyokong institusi yang memerlukan pelatih kejuruteraan, rig eksperimen, bench demonstrasi dan platform makmal bersepadu yang dibina khas.

Bila perlu sistem kustom?
Apabila trainer biasa tidak cukup untuk objektif pembelajaran.
Sistem kustom sesuai apabila institusi perlu memenuhi spesifikasi tender, hasil pembelajaran khusus, ruang yang terhad, integrasi SCADA/BMS atau demonstrasi proses industri tertentu.
- Rig mekanikal, elektrik, automasi, tenaga atau instrumentasi.
- Integrasi sensor, panel kawalan, PLC, HMI, SCADA dan data logging.
- Susun atur selamat untuk demonstrasi, operasi dan penyelenggaraan.
- Dokumentasi, flow eksperimen dan latihan pengguna.

Proses reka bentuk
Daripada idea kepada sistem latihan berfungsi.
Keperluan
Kurikulum, tender, ruang, utiliti dan hasil pembelajaran disemak.
Konsep
Seni bina sistem, komponen dan aktiviti latihan dicadangkan.
Integrasi
Perkakasan, kawalan, sensor dan dashboard dibina secara tersusun.
Handover
Pengujian, pentauliahan, dokumentasi dan latihan pengguna dilaksanakan.
Ada konsep trainer yang perlu dibina?
Hantar lakaran, spesifikasi tender atau objektif latihan. Kami boleh bantu strukturkan reka bentuk.